Saturday, 13 August 2011


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Kalau perempuan kata:
Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi:
- kereta abang kene tarik ke...?
- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.
- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!
nie sume tersirat tau...!!!

Monday, 8 August 2011

Tanda Lelaki Jatuh Cinta

TANDA LELAKI BENAR- BENAR JATUH CINTA~( hampir betui nie...lelaki kalau diaorang dah suka n cinta kat perempuan tu..diaorang snggup buat apa ja..diaorang akn layan pompuan mcm princess...dn lelaki yg betul2 ikhlas..bagi gua dia xkan minta yg bukan2 dr pompuan tu...sebaliknya dia akan jaga elok2...nak sentuh..nak pegang2..nak cubit2 pipi pon depa tak berani...sebab di tahu perempuan tu belum jadi kekasih halalnya..dan biarlah sentuhan pertama itu selepas lafaz nikah yang sah..-adi- Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: 1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
By: Kami rasa Cinta itu tidak buta, tetapi mereka yang buta kerana cinta..

Friday, 5 August 2011

to0 ????

hello duk buat ape sume??? Erm... Salam sumer.. aku suka la berjiwang dalam ruangan kisah harian ni.. bukannya apa, aku ni tak la pandai sangat nak berkarang2 jiwang yang boley meruntuhkan KLCC (haha) tapi saja ja nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang terperuk dalam Pendrive buruk aku neh 1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. 2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... 3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. 4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. 6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. 10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. 11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Aku pun ada pakai gak kata2 ni kekadang....(nak mengayat)....haha... Nak pakai boley tapi jangan sampai kantoi wokey...

Tuesday, 2 August 2011

seBELum Mata terPEJAM


“Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Nik Muhamad Rafiq Bin Rosdi, bertugas sebagai kaunselor pesakit di IJN ini. Izinkan saya mengambil sedikit masa tuan-tuan dan puan-puan, untuk menyampaikan beberapa pesan”, saya memulakan tugasan harian.
Pada pagi bertugas, saya akan menyampaikan sedikit tazkirah kepada pesakit-pesakit yang bakal masuk ke dewan bedah untuk beberapa jenis prosedur pembedahan berkaitan jantung. Lazimnya pesakit bakal dibedah dengan open heart surgery dan juga angiogram.
Biasanya sesi akhir ini hanya untuk pesakit Muslim, tetapi sering juga pesakit non Muslim dan keluarganya duduk mendengar sama.
MELURUSKAN IMAN
“Apabila kita berdepan dengan ujian kesakitan seperti ini, kita ada dua tanggungjawab yang mesti dilakukan. Pertamanya, kita hendaklah berikhtiar sebagai manusia. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan Insya Allah berada di tempat yang terbaik bagi mendapatkan ikhtiar manusia, iaitu di Institut Jantung Negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan akan dibedah dan dirawat oleh kakitangan yang sangat terlatih untuk tugas itu”, saya menyambung bicara.
Wajah pakcik makcik, dan kadang-kadang pesakit yang sama usia seperti saya tekun mendengar setiap butir kata yang saya sampaikan.
“Namun, di samping ikhtiar kita sebagai manusia, kita juga tidak boleh lupa kepada kuasa Dia. Kekuatan emosi dan spiritual amat penting dan merupakan sebahagian daripada komponen rawatan. Dan kekuatan itu tidak mungkin dapat kita perolehi melainkan dengan merujuk kepada Tuhan. Bagi pesakit Muslim, ingatlah kepada Allah. Dan bagi rakan-rakan non Muslim, rujuklah kepada kepercayaan masing-masing, kita sangat memerlukan-Nya pada saat-saat begini”, saya meneruskan kata.
“Perkara pertama yang perlu kita penuhi, adalah dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali tuan-tuan dan puan-puan menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup kita, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Kita diberikan kesihatan untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih kepada-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya.
Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya”, saya menyambung penerangan.
Saya tidak mempunyai masa yang banyak. Hanya 10 minit sahaja diperuntukkan kerana sebelum itu pesakit sudah pun duduk selama 20 minit untuk mendengar taklimat klinikal oleh jururawat bertugas. Jadi, segalanya mesti komprehensif dan tepat.
“Untuk itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kepada pesakit Muslim, agar sebelum mata dipejam di bilik pembedahan, pastikan kalimah terakhir yang diucapkan adalah Laa Ilaaha Illallaah. Jangan lagi berkata-kata yang lain, pastikan Laa Ilaaha Illallaah adalah perkataan terakhir sebelum mata dipejam”, saya memberi ingatan.
Ada pesakit yang matanya berkaca-kaca…
MENJERNIHKAN IBADAH
“Apabila tersedar, tuan-tuan dan puan-puan sudah kembali kepada tanggungjawab sebagai mukallaf untuk mengerjakan solat. Tentu sahaja dalam keadaan fizikal yang lemah dan terhad, ahli keluarga terdekat sangat berperanan untuk mengingatkan. Solat ketika sakit, Allah berikan 1001 kemudahan sama ada pada solat, mahu pun pada wudhu’. Saya tidak dapat untuk memperincikannya, tetapi jika ada di kalangan anda yang memerlukan pertolongan, janganlah teragak-agak untuk memberitahu jururawat di wad masing-masing. Mereka boleh membantu, dan saya juga boleh dipanggil untuk apa sahaja hasrat dan hajat”, saya memberitahu.
“Lakukan solat pada bentuk yang sesuai dengan kemampuan kita. Wudhu’ juga boleh diganti dengan tayammum, dan kami lebih suka mengekalkan bentuknya yang mudah dan praktikal. Walaupun ada alat tayamum mudah alih dijual, namun gunakan sahaja sedikit debu yang diperolehi dengan menepuk bantal, atau dinding terdekat yang ada. Insya Allah, itu sudah memadai”, saya cuba meringkaskan penjelasan.
“Akhir kata, saya doakan agar pembedahan yang bakal tuan-tuan dan puan-puan alami, akan berlangsung dengan baik dan beroleh kesembuhan seperti sediakala. Terima kasih atas perhatian anda semua. Wassalamualaikum dan salam sejahtera”, saya menamatkan bicara.
Ada rasa hiba di hati, biar pun setiap pagi mengulangi rutin yang sama.
Andai ditakdirkan Allah saya berada di tempat mereka, mudah-mudahan adalah di sana insan yang sudi mengingatkan diri, agar sentiasa mendampingi-Nya pada detik-detik kritikal sedemikian rupa… kerana amalan itu dihitung, pada akhir dan kesudahannya… Ameen.

kedataNGAN ramadhan tahun 1432H



Sirna mentari di ufuk Syaaban
Tiba malam yang penuh erti
Dalam kelam bersinar keindahan
Ramadhan tiba sekali lagi
Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat seluruh pengunjung teratak Saifulislam.Com.
Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan.
Suburkan siang dengan hablun minannaas.
Suburkan malam dengan hablun minallaah.
Seeru ‘alaa barakatillaah.
Abu Saif Hasrizal Abdul Jamil
Ummu Saif Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin
Anakanda Muhammad Saiful Islam Hasrizal
Anakanda Naurah Sabihah Hasrizal
Anakanda Muhammad Imaduddin Hasrizal
Anakanda Ahmad Muizzuddin Hasrizal

Monday, 1 August 2011

UniSZA!!!!

Pertama kali aq masuk unisza pada 6.6.2011 memg happy gler laa....first time tu,slama ni yang aq tggu untuk ke menara gading akhirnya tercapai dengan jayanya.... result spM aq bleh tahanla punya A tu ad la jgak...aq masuk unisza ni pun sebab pilihan aq yang kelima dalm Upu...pilihan aq yang pertama kat cni jgak tapi dalam courst lain...tapi aq bersyukur la,,aq dapat courst yang aq minat iaitu Pengajian Islam aNd Teknologi maklumat(I-tech) islamic technology la tu....first dudk kat asrama ni..memang kene buli sakan la...pagi buta lagi kene gerak,!!!tapi yang best nye makan free je lar....masa tu, satu pun aq x knal kat unisza ni...first aq masuk mesti la kawan sekelas aq masa spm tu jadi kawan rapat aq...sampai skang..!!habis seminggu je Minggu mesra Siswa memang happy la,asrama ni da jadi hak milik sndiri,bngun pagi x payah na grak da....bangun sendiri je....!!!mmg best la.....kawan aq kat cni mmg ramai la ...x bleh nak kira...yang trbaik skali roomet aq ni...Ahmad Fikri dye asal kat chuping perlis...jauh tu orang utara tu...bleh ckap utara aq dibuat nye...dengan loghat Hang la,depa la,dan macm2 la.....kadang2 aq terngaga juga dibuatnya x faham...aq di UNIsza di dah nak hampir 2 bulan da...macm2 jadi la kat cni,,terutamanya time aq drive kete,sume divider aq langgar,,,dah la pasang lagu disco kuat2 smpai x engat kat dunia...da na wt cm ne krte sendiri kan katanye...lepas 2 minggu aq qenal ng sorang bdak pue ni,dye asal kuala nerang kedah...org utara lagi,mcm x de orang lain ni..!!!!dye org pmpuan first aq knal kt cni,lepas knal dye baru kawn2 dye,dye tu adalah nur izNi hanis binti abdullah...best la kawan ng dyorang,,hidup aq ni rasa happy je dibuatnye...dngan gelak ktawa nye..yang paling sporting la dalam geng dye.Nor hanizah n Maizatul munirah,klu nor hanizah aq pggil HANI je,kalau maizatul munirah aq pggil MAI..aq nak kawan ng dyorang setiap masa...dngan dyorang aq dapat hilangkan stress aq ni yang macm2 timbul dibuatnye....aq happy sngat kenal dyorang..I LOVE u ALL frenD..!!!!!<3